Tabung Pembinaan Masjid Mindanao
“Sebuah masjid, bukan menjadi tempat ibadah
sahaja, tetapi juga menjadi ruang pendidikan untuk masyarakat di sana. "
Bayangkan saudara se-Islam kita di
Basilan, Mindanao, Filipina Selatan, melakukan ibadah di sebuah dangau kecil
berdinding buluh dan beratap daun nipah.
Kini mereka mengimpikan sebuah masjid
yang kukuh dan selesa – tempat solat, pengajian, dan menghidupkan syiar Islam
di kawasan majoriti non-Muslim.
Namun, usaha kami ini
memerlukan sokongan anda.
.
Dana yang terkumpul akan digunakan
untuk membiayai pembinaan semula surau yang
lebih selesa dan berfungsi, serta menyokong
aktiviti pendidikan yang dijalankan di sana.
TABUNG KEMANUSIAAN DILANCARKAN
PASRelief melancarkan
Tabung
Pembinaan Masjid Mindanao.
Tabung ini menyasarkan:
Sebanyak
RM 130 ribu
Sumbangan utama:
✅ Pembinaan masjid yang lebih baik
Membina masjid yang lebih selesa,
selamat, dan kondusif untuk ibadah serta aktiviti komuniti.
Masjid baru ini akan dilengkapi dengan
kemudahan asas yang lebih baik dan mampu menampung lebih ramai jemaah.
.
Setiap sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil,
membawa makna yang besar bagi saudara kita di Mindanao.
Anda bukan sahaja memberi
mereka tempat ibadah yang lebih baik, tetapi juga harapan dan peluang untuk masa depan yang lebih
cerah untuk masyarakat di sana menuntut ilmu.
JOM HULURKAN BANTUAN
SEGERA SELAGI PELUANG INI MASIH TERBUKA
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank
Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : MAYBANK
Nama : Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
No Akaun : 564070611352
Letakkan reference/remark "MINDANAO" untuk bantu
kami semak transaksi sumbangan.
Tetuan akaun di atas adalah atas nama PARTI ISLAM
SE-MALAYSIA (PAS) kerana PASRelief di bawah PAS
Sebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan
untuk kerja-kerja pengurusan dan operasi pihak PASRELIEF