Tabung Amal Mindanao: Surau & Pendidikan Untuk Ummah



Namun, usaha kami ini memerlukan sokongan anda.
.
Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membiayai pembinaan semula surau yang lebih selesa dan berfungsi, serta menyokong aktiviti pendidikan yang dijalankan di sana.

PASRelief melancarkan
Tabung Amal Mindanao: Surau Dan Pendidikan Untuk Ummah
.
Tabung ini menyasarkan:
Sebanyak RM 100 ribu
Sumbangan utama:
✅ Pembinaan surau yang lebih baik
Membina semula surau yang lebih selesa, selamat, dan kondusif untuk ibadah serta aktiviti komuniti. Surau baru ini akan dilengkapi dengan kemudahan asas yang lebih baik dan mampu menampung lebih ramai jemaah.
.
✅ Penyediaan Ruang Pendidikan
Menyediakan ruang pendidikan yang kondusif dan dilengkapi dengan kemudahan yang diperlukan untuk pembelajaran. Ini termasuk buku-buku, alat tulis, dan peralatan pendidikan lain yang akan membantu meningkatkan kualiti pembelajaran kanak-kanak di Mindanao.
.
✅ Sokongan Operasi Sekolah
Menyokong operasi harian sekolah yang dijalankan di surau tersebut, memastikan bahawa kanak-kanak dapat belajar dalam persekitaran yang stabil dan teratur. Dana ini juga akan digunakan untuk membayar guru-guru dan menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti.

Setiap sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, membawa makna yang besar bagi saudara kita di Mindanao. Anda bukan sahaja memberi mereka tempat ibadah yang lebih baik, tetapi juga harapan dan peluang untuk masa depan yang lebih cerah untuk masyarakat di sana menuntut ilmu.
JOM HULURKAN BANTUAN SEGERA SELAGI PELUANG INI MASIH TERBUKA